Program Senam Sihat MADANI

30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Program Senam Sihat MADANI yang dianjurkan oleh NADI Jelempok dan NADI Kampung Pauh pada 29 Ogos 2026 telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, termasuk pihak sekolah, pelajar serta komuniti sekitar Kampung Jelempok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti senam aerobik bersama instruktor Kak Yatie, sarapan sihat, sesi saringan kesihatan dan cabutan bertuah. Program ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, malah turut memberi peluang kepada komuniti untuk berinteraksi serta mengeratkan hubungan antara NADI, pihak sekolah dan masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamatnya dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali